Tuesday, May 24, 2011

was-was....

sekarang nie macam2 isu la... risau....

sal nie la, halal n haram nie.. dulu biase je, skrng nie, smua jd dah xhalal...

susu,ayam,kek, smua ada cmpuran babi la, anjing la, ayam xsihat la... isshh!!

ntah2 dah bnyk yg ak mkn yg haram..

sbagai umat islam, makanan halal, adalah pnting, sbb ia masuk dlm darah kita... mengalir dlm darah, ada sesetgh ulama berkata, darah yg mglir tue blh mnbentuk perlakuan seseorang mnusia....umat Islam memerlukan makanan untuk tujuan beribadat kepada Allah SWT.

takut jgk ak... mne la thu kan.. skrng bnyk sngt mkanan.. main hentam je...

kdang2 logo halal ada, tp ada plk org ckp logo x asli...  adddoooiii.. dunia2...

antara isu yg baru didgr, psl secret resipe yg ada kndgan babi, na'uzubiillah....  ph2, dgn kcf, yg slh cara pernyedian.. tdk mgikut islam.. psl ayam tdk disemblih, tp dibiarkan mati, mnjdi bangkai...  masyaAllah....
ntah laa... xtahu btul ke x... nie smua, dlm intrnet... nk percye pon was2...

meh kita terang lagi dgn firman2 Allah SWT...

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (halalan toyyiba) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan;

Kerana Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu" (Surah al-Baqarah, 2:168). Bagi menghuraikan maksud halalan toyyiba dalam ayat di atas, Jalaluddin Muhammad dalam Kitab Tafsir al-Jalalain, menyebut bahawa perkataan toyyiba (baik) itu adalah sifat kepada halal itu sendiri. Maka dapatlah di fahami bahawa setiap makanan yang halal itu mestilah juga baik daripada pelbagai segi samada bahan campurannya, bersih dalam proses penyediaan dan dapat memberi manfaat kepada tubuh badan manusia.

Selain itu, pensyariatan pemilihan makanan yang halal juga adalah jelas di nyatakan oleh Allah SWT. Terdapat banyak dalil yang menyebut berkaitan dengan hal ini, antaranya ialah:
"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah" (Surah al-Baqarah, 2:172).

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya" (Surah al-Maidah, 5:87-88).







Selamat Daripada Seksaan Api Neraka Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab. Jawab Rasulullah SAW: Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya"
(Hadith Riwayat Ibnu Abbas).





p/s : insyaAllah... allah akan perkenankan doa hamba nya yang di aniayi....

No comments :

Post a Comment